Tarikh : 25 June 2011
Lokasi : Johol, Negeri Sembilan
Ahli : 7 orang (fattah, ajimalik, buddy, aku, helmi, adib, parang)
Ni adalah first xpdc kami. Idea ni dicetuskan oleh ajimalik, captain kami. Time ni aku masih lagi belajar di utara malysia, join ni pon masa cuti sem.
Perjalanan kami bermula dari area Bangi - Semenyih, then pergi ke Senawang utk mengambil fattah dan helmi. Journey ni pon menggunakan kereta Rush and CRV. Dengan bantuan gps, kami pergi ke destinasi kami iaitu Hutan Lipur Gua Batu Maloi. Sedikit info, Batu Maloi ni adalah satu2 nya gua granite di malaysiayg air nya selamat digunakan. Ni based on apa yg guider tu beritahu kami lah. Kami agak lewat tiba di lokasi. Guider yg sepatutnya ikut kami x dapat join sebab anaknya bertunang, so dia hantar seorang guider yg lebih muda. Ada 3 org asing yg join kami, rasanya geng guider tu sebab baik jer diorang aku tgk.
 |
| Lokasi Gua Batu Maloi |
xpdc ni agak kekurangan sikit sebabnya kami hanya ada 1 jer torchlight utk 11 org. Tapi dgn keyakinan dan semangat kami teruskan jer. Mula2 kena buat sedikit trekking utk ke pintu masuk gua tu. Mostly gua ni adalah batu dan air mengalir dalam gua. Kamera yg kami bawa pon dibungkus sampai 3 lapis dgn plastik utk mengelakkan daripada basah.
Gua ni ada 24 checkpoint, tapi kami hanya sempat menghabiskan 70% or 60% daripada gua ni sebab masalah punca cahay yg hanya ada satu jer and hari pon semakin petang. Pada awalnya tersangatlah senang trek ni. Lama2 semakin mencabar.
Kami terpaksa memanjat batu, turun batu, menyelit celah2 batu, menyelam utk melepasi batu2 and semua batu tu licin2. Kami memang sentiasa berada dan berjalan dalam arus air.
Sampai satu checkpoint, situ merupakan sarang kelawar. Bila kami suluh ke atas gua tu, penuh kelawar yg sedang berehat. Mula2 memang agak cuak, tapi teruja lah juga, mcm sarang Batman pula, ahahaha~
 |
| Part of the treks |
 |
| Tempat bertapa, hahaha ! |
 |
| Sarang Kelawar |
Kami berada dalam gua tu lebih kurang 2jam lebih. Menurut brader guider tu, lau nak kasi habis, dalam 3-4 jam lah. Tapi sebab faktor2 keselamatan, kami terpaksa habiskan awal. Walaupon tak ada rezeki nak habiskan, tapi trek nya memang sangat puas hati, mencabar dan gempak.
Dalam perjalan turun ke tempat mula, guider tu menunjukkan kami sebuah batu gergasi yg sgt besar. Katanya tempat putera bunian bersemayam dan kat atas batu tu ada perigi tp dah ditimbus sebab ada org terjatuh dalam tu dan mati. Kami pon naik lah batu tu dari bahagian belakang, senang jer naik. Dan nampak lah belas perigi yg dah ditimbus tu. Masa turun batu tu, kamu guna bahagian depan, guna akar2 pokok besar yg menjalar sekeliling batu tu. Memang cuak lah nak turun, tp manyak syiokk !!
 |
| Ni ha batunya |
Lepas turun, kami chill kejap kat sungai tu, sebelum siap2 utk pulang pi makan ;)
 |
| The crew ! ahahaha ~ |
Some pictures from Gua Batu Maloi ;D
Lepas tu kami pi lah menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik, Seremban. Fattah yg bawa kami ke sini dan beliau belanja, manyak syiokk makan ! 2 talam nasi arab, seekor ayam and kambing, air pula teh o ais pudina, sangat menyegarkan, ahaha !
 |
| Nasi Arab Damsyik ! |
 |
| Manyak syiokk !! ;D |
 |
| Kekenyangan~ |
-salam kusut dari Gua Batu Maloi-
 |
| Loving nature is loving Him, insyaAllah ;) |