Sunday, 1 July 2012

Expidition to Gunung Angsi - Gunung Datok

Tarikh : 24-25 Disember 2011
Lokasi : Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan
Hikers : 6 orang (aku, ajimalik, buddy, fattah, faiz, arif)

XPDC ni dijalankan selepas sahaja aku tamat program foundation aku di Kuala Nerang. Setelah berbincang dan merancang hanya melalui Facebook lebih kurang dalam 2 bulan, Alhamdulillah berjaya gak XPDC ni dijayakan. Trip ni dikepalai oleh ajimalik.

Aku yg dari Masai, Johor terpaksa menumpang dan menginap di hostel kawan aku, buddy di Uni. Nottingham, Semenyih pada 23Dec tu.

Uni. Nottingham
Gunung Angsi

Kami decide utk menawan Angsi dulu. Awal-awal pagi 24Dec tu lagi kami dah bertolak dari Bangi, lepas subuh kot terus bertolak. Then pi Senawang dulu ambil lg sorang iaitu Fattah, terus ke Hutan Simpan Gunung Angsi di Kuala Pilah. Trip ni menggunakan 2 kereta, Honda CRV and Toyota Rush.

Dalam perjalan pi Angsi tu, kami melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia kat Bukit Putus (48m), mesti ramai yg x tahu. Udara kat situ sangat menyegarkan sebab dikelilingi pokok-pokok hutan.
Jambatan Bukit Putus

Lebih kurang jam 0900 kami sampai di kaki Gunung Angsi. Kami sarapan dulu. Lepas daftar nama dan confirm kan penginapan serta melakukan simple stretching, lebih kurang jam 1030 dgn lafaz Bismillah kami mula mendaki.

camnilah trek nya
Kami naik tanpa menggunakan sebarang perkhidmatan guider sebab trek kat situ senang and jelas sebab org ramai selalu naik ke puncak. Pendakian kami boleh dikatakan mudah sebab x bawa barang yg banyak and agak leceh sebab baru lepas hujan dan trek lecak serta licin.

Pada awalnya kami x jumpa group lain, sampai mungkin di tengah-tengah pendakian tu, terjumpa lah satu group ni yg ada perempuan sekali tengah berehat kepenatan agaknya. Kami yg gagah ni x berehat banyak ;D yg boleh dikatakan lawaknya, kat tengah-tengah pendakian tu ada pula pokok kayu tumbang melintang tengah trek dan ada signboard 'lazy log', memang utk melepak lah kan.
the lazy log
jumpa group lain
Trek boleh lah dikatakan memenatkan sebab banyak yg mencanak and kena lalu beberapa batang sungai.
Setelah mendaki selama kalau x silap aku 2jam 45minit, kami berjaya sampai ke puncak Angsi yg berketinggian 825m dari paras laut.

Tapi pada aku, kurang berpuas hati lah dgn puncak Angsi tu, trek bukan main payah tp puncaknya kurang memuaskan. Sebab pokok kat puncak tu tinggi-tinggi and x berapa nak sejuk serta ramai dah org kat puncak tu. Tapi, walau bagaimanapun, dah berjaya menawan Puncak Angsi !!

Puncak Angsi
some views on the peak

Kami turun lebih kurang 2jam 33minit, laju sikit ;D
lepas sampai kaki tu, kami mandi sungai dulu, sejuk dan menyegarkan !! cantik pula tu !
captured by Fattah ;)
malam tu kami tidur kat chalet murah kat kaki Gunung Angsi tu, walaupun murah tp besar dan selesa. Buat BBQ sikit, rehat sebelum menawan Gunung Datok keesokan harinya, yaa-haa !! 
tukang masak berjaya

tengok dan makan jer
nyumm nyumm.. ;D

some pictures of Angsi's view that managed to capture. ^^













try power !!

Gunung Datuk will be continued...

-salam kusut dari Gunung Angsi-


Never give up ! try harder and smarter ! 

No comments:

Post a Comment